“Alhamdulillah, Berjaya Menjadi Penulis Hamare”

Titik bermula menjadi seorang penulis buku Hamare Legasi ke-11. Perjalanan dalam menulis buku banyak membuka minda saya.

Sebelum menjadi seorang penulis. Saya lebih gemar membaca buku. Banyak juga koleksi buku motivasi, sejarah dan agama yang saya baca

Bermula hanya membaca buku sahaja. Mula timbul minat untuk terjun ke bidang penulisan. Masih ingat lagi sewaktu Hamare buka bengkel Penulisan. Cepat-cepat saya daftar takut tak sempat…

Alhamdulillah, lepas dah daftar semua. Kami terus diberi tugasan. Bila tugasan dah dapat, kami tinggal nak buat sahaja.

Agak mencabar juga sebab tak ada asas penulisan. Team Hamare tetap semangat nak bantu semua penulis. Mereka bagi Tips untuk mudahkan penulisan kami.

Ada masa rasa putus asa untuk menulis. Biasa semangat naik turun. Mujur semua peserta bagi kata semangat. Setiap peserta dipecah dalam kumpulan masing-masing. Memang kerja dalam kumpulan sangat mudah, sebab boleh tolong satu sama lain.

Sambil cari idea untuk penulisan. Saya menangis sebab tak percaya mampu siapkan tugasan. Akhirnya, semua peserta dah rasa lega. Masa yang kami tunggu hampir tiba.

Dup dap dup dap!!!

Semua penulis tak sabar nak tunggu buku masing-masing, siang malam gigih cari idea siapkan penulisan. Memang rasa terharu bila buku saya siap. Tinggal nak jual sahaja.

Tugasan yang terakhir buat penulis. Judul buku antolongi legasi ke-11 diberi nama Warna Dakwah. Kami kena promote di platform media sosial. Masing-masing ost dekat Facebook dan Instagram. Mula ingat tak ramai yang beli buku. Itu yang bermain di fikiran saya. Kita bukan penulis terkenal pun. Siapa yang nak baca? Fikiran macam ini membunuh diri kita.

Apa yang mengejutkan saya lagi. Negatif thinking bertukar ke Positive thinking. Saya berjaya menjual 18 buah buku.

Bagi saya satu pencapaian yang banyak, buat diri sendiri. Alhamdulillah, sampai buku kami menjadi bestseller di POPULAR BOOKSTORE.

Kita kena percaya pada diri sendiri. Percaya pada proses kita boleh berjaya. Nak berjaya kena Doa, Usaha dan Tawakal. Apa pun kita kena bertindak dan buat. Ucap syukur kepada Allah atas nikmat diberi…

Pepatah orang Iban,

Agi Idup, Agi Ngelaban = Selagi Hidup, Selagi Itu Berlawan

With Heart,
Adam Stanley

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami
Hubungi Kami
Admin Hamare 🤩
Selamat Datang ke
Website Hamare Group!!!

Boleh kami bantu anda?