JOM Kenali : Nusaibah binti Ka’ab, ‘Perisai Rasulullah’

  1. Wanita yang digelar sebagai ‘Perisai Rasulullah’ dan kematiannya disambut oleh para malaikat.

  2. Salah seorang dari dua wanita yang ikut Rasululah dalam Perjanjian Aqobah 2.

  3. Merupakan isteri kepada Ghazyah bin Amru Al Mazini An Najari. (Ghazyah merupakan suami kedua Nusaibah binti Ka’ab setelah suami pertamanya Zaid bin Ashim Al Mazini An Najjari wafat)

  4. Memiliki 2 orang putera iaitu Abdullah bin Zaid dan Habib bin Zaid.

  5. Pada asalnya, Nusaibah bertugas sebagai ‘jururawat’ iaitu dengan mengubati pasukan kaum muslimin disamping membantu dalam memberikan minuman.

  6. Akan tetapi, Nusaibah memilih untuk berperang dan menjadi penjaga Rasulullah semasa Perang Uhud. Ketika Perang Uhud, Ibnu umai’ah yang merupakan musuh Rasulullah bertindak ingin membunuh Rasulullah.

  7. Nusaibah dengan gagah dan berani melakukan penjagaan terhadap Rasulullah dan bertahan dengan menggunakan pedang dan anak panah.



  8. Meskipun Nusaibah tahu bahawa kekuatannya sebagai seorang wanita adalah tidak terbanding dengan kekuatan Ibnu Qumai’ah sebagai lelaki, namun Nusaibah tetap menjaga Rasulullah agar tidak terbunuh.

  9. Nusaibah bertindak menghunus pedangnya ke bahu Ibnu Qumai’ah akan tetapi disebabkan Ibnu Qumai’ah memakai baju besi, maka dia terselamat.

  10. Akibat terlalu marah dengan perbuatan Nusaibah yang cuba melindungi Rasulullah itu, Ibnu Qumai’ah bertindak menyerang Nusaibah dengan mengayunkan pedangnya ke bahu Nusaibah dan menyebabkan tubuh Nusaibah cedera dan dipenuhi darah.

  11. Anaknya cuba membantu akan tetapi Nusaibah berkata, “jangan hiarukan aku sebaliknya pergi bantu dan lindungi Rasulullah.”

  12. Diceritakan bahawa setidaknya ada lebih kurang 13 luka di tubuh Nusaibah namun beliau masih hidup dan terus berperang di samping pasukan muslimin demi menjaga keselmatan Rasulullah SAW.

  13. Ini hanya sebahagian dari perang yang disertai oleh Nusaibah dan semestinya sudah banyak pengorbanan yang dilakukan untuk tegakkan agama Allah.

  14. Nusaibah binti Ka’ab adalah wanita yang semangatnya melebihi 100 orang kaum lelaki dan merupakan seorang wanita yang diakui pengorbanannya oleh Rasulullah.

  15. Beberapa tahun selepas perang Yamamah bertepatan pada tahun 13 Hijrah, Nusaibah Binti Ka’ab meninggal dunia dan meninggalkan satu lembaran sejarah sebagai salah seorang wanita Islam yang paling luar biasa dari kaum Ansar.

Masya-Allah, besar sungguh kecintaan Nusaibah binti Ka’ab terhadap Baginda Rasulullah SAW. Semoga sirah ini dapat memberi semangat dan kekuatan buat wanita zaman sekarang berdakwah dan tegakkan syiar Allah.

Insya-Allah.

With love 💜,
Mirza Hanin 🌸

p/s : boleh ikuti penulisan saya di Facebook Mirza Hanin dan video bermanfaat di Instagram / Tiktok .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami
Hubungi Kami
Admin Hamare 🤩
Selamat Datang ke
Website Hamare Group!!!

Boleh kami bantu anda?