Teguran itu Satu Hadiah

Kita selalu terbiasa dengan orang yang meminta nasihat. Tapi jarang sekali bertemu dengan orang yang meminta teguran.

Teguran dan nasihat itu ibarat adik beradik. Nampak hampir sama, tapi dua pembawakan yang berbeza.

Nasihat ini lebih ke arah hal yang positif, ada elemen pujian dan syukur. Sedangkan teguran lebih ke arah memperbaiki kesilapan yang memerlukan penambahbaikan.

Sungguhpun begitu, kedua-duanya amatlah dituntut dalam Islam. Seperti amar makruf nahi mungkar, begitu halnya dengan pasangan nasihat dan teguran. Perlu ada untuk seimbang.

Tapi, diingatkan bahawa nasihat dan teguran perlu ada adab dan sopan. Tanpanya, ia boleh timbul salah faham, kemarahan, dan juga pertengkaran. Kerana tak semua orang mampu terima nasihat dan teguran.

Betul tak?

.

Jadi, perbetulkan niat. Tujuannya biarlah untuk kebaikan. Bukan nak menjatuhkan, menghina dan mendedahkan aib orang. Dan bukan juga nak menonjolkan diri lebih baik dan hebat.

Oleh itu, dalam menegur mestilah berhemah dan berhati-hati. Setiap nasihat dan teguran juga perlu diteliti dan diperhalusi.

Lebih-lebih lagi orang yang menegur mestilah dalam keadaan tenang, bukannya beremosi atau marah sehingga mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya kerana itu tidak akan menyelesaikan masalah tetapi mengeruhkan lagi keadaan.

Allahurabbi. 🍃

.

Saya kongsikan adab dalam menegur yang baik :

  1. Tegur dengan bahasa dan suara yang lembut. Personaliti ganas dan rock tak mengapa, yang penting lembut pada bahasa.
  2. Elakkan menegur di khalayak ramai ❌
    Tegurlah ketika bersendirian atau tempat tertutup. ✅
    Kerana teguran itu bukan bertujuan untuk memalukan orang yang ditegur.
  3. Berilah teguran dengan akal fikiran dan hati bukannya emosi. Agar teguran yang diberi tidak tersinggung dan rasa terhina.
  4. Memohon maaf selepas menegur supaya tidak terasa dengan teguran yang diberikan. Ia juga sebagai tanda memujuk perasaan orang yang ditegur.
  5. Sentiasa bersangka baik (husnuzon) dengan orang yang ditegur kerana boleh jadi mereka “tidak tahu” apa yang mereka lakukan itu adalah satu kesalahan.

Budayakan amalan menasihati dan menegur dengan adab yang terpuji. Terimalah teguran sebagai satu petanda untuk kita terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Sungguh, teguran itu satu bentuk hadiah untuk kita terus dalam jalan hijrah. Moga terus kuat! 🤍

Syahirah Nabilah,
Suka berkongsi inspirasi.

#BintuShare

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami
Hubungi Kami
Admin Hamare 🤩
Selamat Datang ke
Website Hamare Group!!!

Boleh kami bantu anda?