Zikir Jauh daripada Fitnah

“Uish, akak baca zikir tu sehingga terjaga dari pergi pesta arak di UK?”

“Haah, Alhamdullillah Allah jaga. Bila kita sentiasa menjaga Allah.”

“Hah, Allah perlu di jaga ke kak?”

“Tak, maksudnya bila kita sentiasa kawal diri kita dalam wuduk dan solat awal waktu.

Maka, Allah akan menjaga kita dari fitnah dunia ni.”

“Ow. Akak apa zikir amalan akak di UK sampai tak jadi pergi ke pesta tu?”

“Zikir ni akak belajar dari Ustazah Asma’ Harun.

Ya Wali, Ya Wakeel, Ya Baari’- 33x
(Yang maha lindungi, Yang Maha Memelihara, Yang maha Mengatur)

Dengan niat doa setiap malam penutup hari.
“Ya Allah, Engkau yang maha melindungi, memelihara dan mengatur urusan hidupku. Aturkanlah kehidupan keesokan harinya dengan Redha Engkau, bukanlah dengan kehendak aku.”

Alhamdullillah, berkat amalkan zikir ni. Allah, pertemukan orang yang baik-baik sahaja di UK.

“Korang nak tahu tak, apa yang menyekat akak dari pergi bersama mereka?”

Ps: Nik memang tak tahu kawan-kawan Europe Nik nak pergi pesta. Sebaliknga mereka cakap hanya “berjalan-jalan”.
Nauzubillah min zalik.

Sharing is caring,
Nik Ihtisyam Razi

#DakwahItuSeni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami
Hubungi Kami
Admin Hamare 🤩
Selamat Datang ke
Website Hamare Group!!!

Boleh kami bantu anda?