Bidadari Tersalah Syurga

RM27.00

Tajuk Buku – BIDADARI TERSALAH SYURGA
Nama Penulis – Liyana Farok
Penerbit – Hamare Publication
Jumlah Mukasurat – 200

Pada fitrah kejadian Adam dan Hawa, manusia itu diciptakan suci tanpa dosa. Namun, persekitaran mengubah corak kehidupan dan pemikiran. Kehidupan takkan lari daripada ujian. Maka benarlah, lelaki akan diuji dengan wanita dan wanita akan diuji dengan hati.

Sungguh, manusia itu boleh berubah kerana 2 perkara. Pertama, saat hatinya terluka. Kedua, saat mindanya terbuka.

Bidadari Tersalah Syurga, menceritakan bagaimana seorang insan biasa, menjalani perubahan dalam hidupnya demi cinta yang diburunya. Nukilan hati seorang wanita yang dicoretkan di dalam naskhah ini.

Di saat kawan menjadi lawan, siapa yang harus dipersalahkan? Di saat dakwah hanya dilakukan oleh agamawan, siapa yang perlu bertanggungjawab?

Di saat wanita akhir zaman mahu menjadi bidadari yang terjaga, namun tersalah dan tersasar langkahnya, apa pula yang perlu diperbetulkan?

———-

Ketahui jawapan kepada teka-teki dan coretan hati seorang wanita ini dalam naskhah, Bidadari Tersalah Syurga!

 

Out of stock

Hubungi Kami
Hubungi Kami
Admin Hamare 🤩
Selamat Datang ke
Website Hamare Group!!!

Boleh kami bantu anda?