Cinta Islamicc

RM30.00

Tajuk Buku – CINTA ISLAMICC
Nama Penulis – Nasrun Talib | Izzul Islam Shuhaimi | Wani Syafiqah Adnan
Penerbit – Hamare Publication
Jumlah Mukasurat – 344

“Sara, kau boleh jadi kawan aku. Tapi dengan satu syarat.”

“Haa. Boleh. Boleh. Apa dia?”

Nak berkawan pun kena ada syarat. Tapi tak apalah asalkan aku dapat berkawan dan mengenali Iman dengan lebih dekat. Ini adalah perubahan terbesar Iman bagi aku. Aku bahagia sangat melihat perubahan Iman semakin hari semakin baik. Walaupun dirinya masih bersifat dingin, sekurang-kurangnya Iman tidak berdingin dengan Tuhan.

“Sebenarnya aku cemburu dengan kau. Kau adalah diri aku yang dulu. Tapi itu kisah lama. Ada sebab aku berubah sampai jadi macam ni. Sebab kawan khianati aku. Sebab tu aku dah tak percayakan sesiapa.”

Sudah aku jangkakan, sekeras-keras Iman pasti ada kelembutan di hatinya yang dia belum tonjolkan. Dan hari ini, aku nampak lembutnya hati seorang Iman Nur Jannah. Di saat aku sedang sakit, dia yang ada di sisiku. Dia yang banyak tolong aku.

——————–

Apakah syarat yang Iman letakkan dan apa perjanjian mereka berdua sebenarnya? Apa pula ujian-ujian yang berlaku selepas mereka berdua mula berkawan baik? Adakah kekal persahabatan mereka itu?

——————

Disebabkan satu perkataan yang kita anggap biasa dan tak apa, iaitu “Kejap lagi… Jap lagi…” dan dek kerana sebuah telefon bimbit yang selalu di genggaman ini, satu kejadian besar telah berlaku dalam hidup Zul Khairi. Sebagai seorang anak, dia amat terkesan dengan kejadian itu! Kejadian yang telah mengubah hidupnya, 100%. Mujur, dia tidak mati!

Kehadiran Afiq banyak membantu semangatnya untuk ‘hidup’ kembali.

“Jangan ‘give up’ bila ditinggal sendirian. Matahari juga sendirian, tapi masih setia memberi sinaran.”

Banyak betul ujian dan dugaan yang dilaluinya, yang pada awalnya dia kira sebagai musibah, namun akhirnya, tersingkap 1001 hikmah. Apa kejadian besar yang mengubah hidupnya itu?

Bagaimana dia boleh ‘terselamat’ dan kembali ‘hidup’ semula? Adakah kerana sesuatu yang dinamakan cinta muncul dalam diari hidupnya?

“Sahabat umpama benang, menyatukan dua hati yang terkoyak dengan rasa sayang.”

——————

Bahagian akhir, berbicara tentang kehidupan, semangat dan motivasi sebuah perjuangan, hijrah diri, hingga ke nafas terakhir.

Kisah cinta dan perjuangan para sahabat Nabi S.A.W. diceritakan, kisah cinta dalam kekeluargaan dan persahabatan didendangkan serta banyak lagi dimensi cinta yang dinukilkan.

“Setiap hari kita mendaki ke puncak tinggi, tanpa kita sedar, ikhlas tercicir di bawah sekali.”

Out of stock

Category:
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Admin Hamare 🤩
Selamat Datang ke
Website Hamare Group!!!

Boleh kami bantu anda?