Generasi Yang Dinanti

RM25.00

Buku ini merupakan garapan kisah hidup dan refleksi diri watak bernama ‘Nur’ yang sering dihantui oleh ‘dosa silamnya’. Namun, jangan salah faham pula. Kerana naskhah ini bukanlah seperti novel cinta atau kajian ilmiah sarjana. Tetapi lebih kepada hasil cerapan dan penilaian penulis secara peribadi tentang kehidupan semata.

Tuntasnya, penulis mahu pemuda-pemuda yang berpotensi tinggi untuk menjadikan dunia ini sebagai dunia rahmah dan harmoni dikejutkan, kerana ramai yang masih tidur. Kita perlukan insan-insan yang rela berkorban masa, tenaga, harta dan diri untuk bangunkan mereka. Dunia tidak perlukan mereka yang banyak ilmu tetapi ia disimpan di dada tanpa diamalkan sebaliknya dunia memerlukan mereka yang mempunyai ilmu lalu mereka bergerak melaluinya.

Imam Hasan Al-Banna menggariskan 4 ciri-ciri pemuda ; iman, ikhlas, semangat dan amal. Andai salah satu daripada ciri tersebut tiada, maka pemuda tersebut perlu bangun dari tidurnya dan usaha untuk penuhkan kesemua ciri-ciri yang ada. Bangunlah wahai pemuda! Kita ada dunia untuk didamaikan. Kita ada akhirat untuk nikmat pembalasan. Semoga kita termasuk menjadi golongan ‘Generasi Yang Dinantikan’.

 

Out of stock

Hubungi Kami
Hubungi Kami
Admin Hamare 🤩
Selamat Datang ke
Website Hamare Group!!!

Boleh kami bantu anda?